Thursday 12 January 2012

Khutbah Jumaat - 13 Januari 2012 bersamaan 19 Safar 1433H


Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah, pada minggu ini masuk lah minggu yang kedua bagi tahun 2012. InsyaAllah, pada minggu ini, khutbah yang bertajuk Jerat Kehidupan akan disampaikan di Masjid Ar-Rahman. Untuk pengetahuan jemaah sekalian, teks khutbah jumaat boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau klik link Teks Khutbah - Jerat Kehidupan. Syukran Jazilan.


Antara isi kandungan Khutbah Jumaat pada minggu ini ialah :-

Mengapakah manusia lari daripada hidayah Allah, dan mengejar kegelapan Syirik, Khurafat dan Tahyul? Masalah ini berpunca daripada tiga faktor utama iaitu:

Pertama: Kurang dan hilang keyakinan kepada Allah SWT.
Kedua: Hilang keyakinan pada janji Syurga dan Neraka.
Ketiga: Rapuh dan goyahnya ikatan ukhuwah sesama muslim.

Kesan pergantungan manusia kepada perkara yang menjerat kehidupan ini seperti perbuatan syirik, mempercayai perkara-perkara khurafat dan tahyul tidak akan memberi apa-apa kebaikan dan manfaat, bahkan mengakibatkan mudarat yang berterusan sehingga merosakkan masa depan keturunan kita. 

Antara kesan tersebut ialah merosakkan akidah Islam yang suci, lenyap sikap berusaha dan menyebabkan manusia mudah putus  asa serta merosakkan peranan media massa sebagai saluran penyampaian ilmu yang amat berkesan.

Sesuatu tindakan perlu dilakukan bagi membendung segala perkara berunsur syirik, khurafat dan tahyul dari terus menjadi virus kepada umat Islam hari ini dan masa depan. Antara usaha yang boleh kita tingkatkan ialah menggiatkan usaha dakwah melalui majlis-majlis ilmu dan program-program yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah kepada segenap lapisan masyarakat. 

Selain daripada itu, penegasan dan penguatkuasaan undang-undang perlu diaktifkan bagi mengawal segala unsur yang boleh membawa kepada syirik, khurafat dan tahyul. Walau seberat mana pun hukuman yang diberi, tanpa penguatkuasaan yang telus hanya  akan mengakibatkan undang-undang itu seperti  'harimau yang gagah di dalam sangkar berkunci'. 

Akhir sekali ialah, mempromosikan lagi cara kehidupan Baginda SAWsebagai qudwah hasanah dan menjadi ikutan umatnya, bukan hanya pada nama, atau pada waktu-waktu tertentu sahaja dipromosikan ketokohan Baginda SAW.

Kesimpulan yang dapat diambil melalui khutbah pada hari ini adalah: 
Pertama : Penyakit syirik, kepercayaan khurafat dan tahyul di dalam masyarakat kita perlu dipandang berat, bukan perkara yang boleh dijual beli dan dianggap ringan. 
Kedua : Berusahalah untuk kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai pedoman dan pegangan dalam kehidupan kita seharian. 
Ketiga : Setiap muslim bertanggungjawab menjaga akidah dan kesucian agama Islam bagi menjamin kesejahteraan masyarakat kita hari ini dan akan datang.


2 comments:

  1. Tahniah katimam yg baca khutbah tu. Macam ni kami gemar. Boleh lah selalu kesini. Maki maki orang macam kita hebat sangat tak baik lah. Jangan fitnah. Cakap hal agama aja. Mesti ok punya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..maaf sy nak bertanya sedikt.2 tahun lepas saya menuntut di UM dan sering ke masjid ar-Rahman utk menunaikan solat Jumaat.ketika itu sy ingat ada 2 org imam,Ustaz Akram dan Ustaz Khalid.adakah mereka masih bertugas sebagai imam di situ?

    ReplyDelete