Tuesday 9 August 2011

PROJEK SEDAR


Spiritual Enhancement Drug Addiction Rehabilitation (SEDAR) merupakan salah satu projek yang terdapat di Masjid Ar-Rahman. Projek ini dijayakan dengan kerjasama Universiti of Malaya Center for Addiction Sciences (UMCAS). Seramai lebih kurang 40 bekas penagih dadah mendapatkan rawatan susulan dan bekalan Methadon melalui projek ini. Dengan kerja keras pengarahnya, Dr. Rusdi Abd. Rashid, projek ini mendapat sambutan yang baik dan mendapat perhatian delegasi luar negara untuk menjalinkan kerjasama menerusi projek ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web http://umcas.um.edu.my/

Projek SEDAR di Masjid Ar-Rahman


1 comment:

  1. Salam 1-Malaysia,
    Saya ingin memaklumkan bahawa program SEDAR telah mendapat pengiktirafan daripada WHO sebagai "Best Practice in Asia" dalam buku laporan WHO baru-baru ini. Klinik methadone di masjid ini merupakan yang pertama di dunia yang seumpamanya. Syabas kepada semua yang terlibat termasuk pihak masjid Ar-Rahman. Semoga program ini akan berkembang maju untuk kebaikan komuniti di sekitar masjid Ar-Rahman.
    Dr Rusdi.

    ReplyDelete